Apa Itu Tiki Taka?
Tiki taka adalah istilah yang merujuk kepada gaya permainan hantaran pendek, pergerakan pasukan secara total dan mengekalkan penguasaan bola. Sistem dan taktik Tiki-taka digunakan secara efektif oleh kelab gergasi daripada Sepanyol, FC Barcelona dan skuad antarabangsa Sepanyol. Istilah Tiki-taka dimulakan oleh juruhebah sukan daripada Sepanyol, mendiang Andres Montes semasa mengulas perlawanan semasa Piala Dunia FIFA edisi 2006.
Sistem Tiki-taka berasal daripada sistem dan taktik yang diamalkan oleh skuad Belanda dan FC Barcelona era Johann Cruyff dan Rinus Michels iaitu Total Football. Walaubagaimanapun, Tiki-taka sedikit berbeza berbanding Total Football yang mementingkan pergerakan posisi pemain kerana Tiki-taka mementingkan pergerakan pasukan secara total. Namun, kadang-kala corak pemainan Total Football kerap ditampilkan dalam sistem ini apabila pemain pertahanan kerap kelihatan mengambil peranan pemain sayap dan pemain tengah.
Tiki-taka sangat sesuai diamalkan bagi pasukan yang mempunyai pemain tengah yang bersaiz kecil dan sederhana kerana corak hantaran melalui sistem ini bersifat pendek dan mudah. Sepertimana sistem Total Football, kelebihan kepada sistem ini adalah komponen-komponen pemain yang mempunyai kelajuan dan kemahiran teknikal yang tinggi. Jika Total Football mempunyai Johann Cruyff, Johann Neskeens dan Arie Hann Sepanyol juga mempunyai pemain berskil tinggi seperti Xavi, Iniesta, Cesc Fabregas, David Villa dan Silva.
Bagaimana strategi ini dipraktikkan
Tidak perlu disangkal lagi bahawa corak Tiki-taka memerlukan tahap stamina yang tinggi tambahan pula apabila bersaing di peringkat paling tinggi. Gaya permainan Tiki-taka mementingkan hantaran tepat yang rendah bagi menguasai permainan. Sepertimana Total Football, sistem Tiki-taka tidak bercorak counter-attack. Mereka menyerang dengan berbalas-balas hantaran sambil para pemain lain khususnya striker cuba mencari ruang bagi memudahkan seorang atau dua playmaker membuat lorongan terhadapnya.Gaya permainan FC Barcelona sedikit berbeza dengan gaya permainan skuad antarabangsa Sepanyol. Ini kerana, FC Barcelona kerapkali menggunakan kelebihan teknikal pemain seperti Messi, Pedro dan Dani Alves untuk bergerak solo menerombos kubu lawan. Sepanyol bagaimanapun lebih mementingkan corak pemainan mudah dan lorongan-lorongan membahaya.
Gaya permainan Tiki-taka sangat menghiburkan kerana ia bersifat menyerang dan penguasaan bola secara total. Tiki-taka sebenarnya adalah adaptasi kepada semua sistem yang pernah popular sebelum ini seperti one-touch, Ravie Plan dan Push and Run namun sistem Total Football adalah paling berpengaruh terhadapnya.
0 comments:
Post a Comment