Searching...
Sunday 6 May 2012
18:44 0

Anak Palestin, Hiburan Mereka Adalah Al-Quran



 Mereka sebenarnya bukan bangga menjdi 'anak yatim' tetapi bangga ayah mereka mati sebagai pejuang agama atau mujahidin, ertinya mati syahid.

KOSMO hari ini melaporkan, di mana-mana termasuk di negara ini, kematian ayah atau ibu pasti akan ditangisi oleh setiap kanak-kanak, tetapi situasi itu sangat berbeza di wilayah Gaza.

Menurut Kosmo, bagi kebanyakan anak-anak Gaza, mereka berbangga menjadi anak yatim. “Saya berbangga ayah saya seorang pejuang. Mungkin saya kehilangan ayah, tapi saya sedar kehilangan itu adalah untuk membantu tanah air Palestin yang disayangi. Bagi saya itu mencukupi,” kata seorang anak Gaza, Muhammad Abdullah.

Muhammad bersama dua orang adik perempuannya, Iman, 10, dan Hamas, 5, adalah antara puluhan ribu anak-anak yatim di bumi Palestin. Muhammad dan adik-beradiknya adalah antara 500 orang anak yatim yang ditaja oleh rakyat Malaysia melalui projek anak yatim Aman Palestin (AP).

Adik-beradik itu dilahirkan dalam keluarga pejuang-pejuang Palestin. Nama adiknya ‘Hamas’ diberikan oleh ayahnya sempena pergerakan parti Hamas. Ayah mereka merupakan pejuang Al-Qassam, sayap pejuang Hamas yang gugur syahid pada tahun 2007. Ketika itu Hamas hanya berusia setahun.

Komen :  Mereka sebenarnya bukan bangga menjdi 'anak yatim' tetapi bangga ayah mereka mati sebagai pejuang agama atau mujahidin, ertinya mati syahid. Lihat nama 'Hamas' dan 'Al-Qassam', adalah pertubuhan atau gerakan Islam secara total, yang ada kaitan dengan anak-anak Palestin tersebut.


Bukan seperti pertubuhan asabiah kebangsaan Palestin pimpinan Mahmud Abbas, yang perjuangannya berteraskan 'kebangsaan' macam UMNO di Malaysia.

Kosmo : Quran jadi mainan

Menurut penulis Kosmo lagi, "Pertemuan dengan 500 anak yatim di Gaza banyak mengajar penulis tentang erti sebenar kehidupan dan pengorbanan. Di sebalik tekanan berterusan dan penindasan tidak berpenghujung, kanak-kanak Palestin yang masih suci daripada dosa itu tidak sedikitpun berasa sedih dengan kematian.

"Dalam pertemuan beberapa jam itu, hampir semua anak-akak itu mempunyai jalan cerita yang sama seperti Muhammad dan adik-adiknya. Apa yang berbeza ialah jumlah ahli keluarga mereka yang terkorban dalam membebaskan diri daripada dikepung Israel.
.
"Tidak ada PlayStation 3, Nintendo Wii atau rancangan kartun di Gaza. Hiburan mereka hanyalah al-Quran"  tulis penulis Kosmo.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak sesuai disebut 'Quran jadi mainan' seperti di tajuk yang disebutkan. Lebih baik disebut Quran jadi hiburan. Bahkan 'Hiburan mereka hanyalah al-Quran' pun mungkin tidak sesuai. Kerana mungkin ada hiburan lain yang tidak mungkar di sana. Contohnya, nasyid anak-anak Palestin dan lain-lain.

Prof. Dr. Abdul Rahman Jamal 

Ahli Parlimen Gaza Tengah, Prof. Dr. Abdul Rahman Jamal berkata, ramai pasti terkejut dengan ketekunan remaja Palestin menghafal al-Quran dan hadis. Beliau yang memimpin Darul Quran wal Sunnah menambah, kebanyakan remaja menghafal al-Quran secara sambilan selama dua hingga tiga jam sehari.

“Mereka juga dilatih supaya menghafal 500 hadis. Institusi ini terus mendapat perhatian remaja dan kini ia telah berkembang sehingga mempunyai 720 pusat pengajian di seluruh Gaza dengan bilangan pelajar seramai 22,000 orang,” kata Prof Dr Abdul Rahman yang menguasai 10 jenis qiraat.

Antara pelajar di sini ialah Sarah Ibrahim yang baru berusia 12 tahun. Kata Abdul Rahman, sebutan dan pemahaman tajwid Sarah kemas manakala taranumnya memukau. Sarah telah menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran sebelum menyambut tarikh kelahirannya yang ke-12. Sarah ke sekolah rendah pada sebelah pagi dan kemudian mempelajari tahfiz al-Quran pada sesi petang.


SALEH JADALLAH bergambar dengan Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas yang digeruni Israel

Seorang jurugambar sambilan agensi antarabangsa, Saleh Jadallah berkata, rata-rata rakyat Palestin ceria dan sering berjenaka untuk menghiburkan hati masing-masing.

“Kami sudah biasa melihat kesakitan dan keperitan, tiap-tiap hari kami melaluinya. Untuk menguatkan semangat untuk terus hidup di dunia ini yang amat singkat terutama bagi kami, sudah pasti ia perlukan corak dan warna,” katanya ketika ditemui rombongan kali kelapan AP ke bumi Gaza baru-baru ini.

Saleh tidak putus-putus senyum ketika bertemu kami. Raut wajahnya kekal ceria dan gembira walaupun hidup dalam keadaan yang serba susah.

“Saya kehilangan dua abang, kedua-duanya syahid. Seorang ditembak mati oleh tentera Israel manakala seorang lagi ditembak mati ketika bertugas sebagai jurukamera untuk sebuah media antarabangsa, tapi hidup mesti diteruskan,” katanya sambil menyeka mata.


RUMAH berlubang akibat bedilan peluru menjamu setiap mata yang melepasi lintasan Rafah, Gaza.

Kuat semangat Islam 

Ketika protes sempena Hari Banduan Palestin pada April 17 lalu, kelihatan pelajar-pelajar beruniform sekolah rendah dan menengah berjalan sejauh 5 kilometer sambil melaung-laungkan desakan untuk membebaskan tahanan yang ditangkap dan dipenjarakan tanpa sebab oleh tentera Israel.

Pekikan ‘by width by length, we will save Palestin’ menggegarkan seluruh bandar raya Gaza. Kelihatan agak pelik melihat kanak-kanak memegang sepanduk dan kain rentang dan melaungkan kata-kata semangat.
Mengikut statistik Kementerian Hal-ehwal Penjara Palestin, lebih 4,700 warga Palestin masih dipenjara sehingga kini tanpa sebarang dakwaan oleh pihak berkuasa Israel. (Sama seperti ISA kalau di Malaysia.)

Sambutan itu juga merupakan hari memperingati pembebasan warga pertama Palestin Mahmoud Hizaji oleh tentera Israel pada 17 April 1971 ketika pertukaran tahanan penjara antara Israel dan Palestin.

(IH/Bersumberkan tulisan  RAZLAN RASHID Kosmo).

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...