Searching...
Thursday, 24 May 2012
15:16 0

Ambillah Kelantan, bagi Putrajaya




KETIKA Pakatan Rakyat dengan penuh tenaga mara untuk merampas Putrajaya dari Barisan Nasional, maka Perdana Menteri Najib penuh yakin untuk bukan sekadar mengambil semula Kedah dan Selangor, malah ia sudah bersedia untuk menawan Kelantan buat kali kedua selepas merdeka.


BN sudah menyediakan Dato Mustapa Mohamad sebagai calon Menteri Besar Kelantan buat kali ketiga dan mungkin Dato  Mukhriz Mahathir sebagai ketua kerajaannya di Kedah.

Selangor Najib yakin menang semula cuma dia tidak ada calon Menteri Besar. Malah itu mungkin selesai jika Razali Ismail, pemegang konsesi Syabas bersedia turun padang.

Apapun Perdana Menteri baru di Putrajaya tidak lain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita tunggu saja bila Parlimen  dan DUN-DUN dibubar.

Mungkin Allah memperkenan hasrat  dan hajat semua pihak. Kelantan, Kedah dan Selangor diambil semula oleh Barisan Nasional tetapi Putrajaya diberi kepada Anwar dari Pakatan Rakyat. Mungkin diperkenankan Allah bertukar.

Jika ini berlaku, Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri selama-lamanya dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula mengakhiri kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun.

Jika Najib tidak lagi jadi Perdana Menteri maka Presiden UMNO pun akan terlepas pula kepada orang lain. Ke mana dia? Tentunya Interpol dari Paris minta dia dibawa ke sana.

Tok Guru Nik Aziz macam mana?

Beliau tetap memberi kuliah dhuha setiap Jumaat di tengah Kota Bharu dan kerana Putrajaya sudah dibebaskan, maka Tok Guru pula mungkin dijadualkan mengadakan kuliyah dhuha setiap hari Sabtu atau Ahad di Masjid Al-Mizan di Putrajaya.

Kalau Selangor  ditadbir oleh BN tetapi Putrajaya di bawah Pakatan Rakyat boleh dirunding hujung minggu – Sabtu atau Ahad - yang Tok Guru tidak berkuliyah di Putrajaya, berkuliah pula di masjid negeri Shah Alam.

Bagaimana Ustaz Abdul Hadi Awang? Beliau mungkin jadi Anggota Parlimen lagi. Tentulah Perdana Menteri Anwar akan memberinya jawatan kabinet. Apapun beliau tetap memberi kuliyah dhuha setiap Jumaat di Rusila.

Dengan kerajaan pusat di bawah Pakatan Rakyat boleh dikira Ustaz Hadi bergilir berkhutbah Jumaat di Masjid Rusila dan Masjid Negara. Pada giliran beliau berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat  di Masjid Negara, boleh diatur jet rasmi kerajaan menerbangkannya dari Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi ke Masjid Negara melalui lapangan terbang yang terdekat seperti lapangan terbang Sungai Besi misalnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim macam mana? Dia mungkin MP lagi, maka dia boleh jadi menteri kewangan atau menteri ekonomi.

Bagaimana pula Dato Seri Azizan Razak? Sekalipun Kedah di bawah BN tetapi Ustaz Azizan masih ketua pembangkang di Kedah. Tentulah kerajaan pusat memberi satu kedudukan yang penting kepadanya. Tetapi dia boleh menghidupkan pagi Jumaat di markaz PAS Kota Sarang semut setiap minggu.

Sekali pun Kelantan, Kedah dan Selangor ditakdirkan diambil oleh UMNO tetapi kemenangannya tidak besar. Ia mungkin setakat memungkin BN membentuk kerajaan saja.

Berikut dengan kekalahan BN di peringkat pusat kedudukan kerajaan negeri itu tidaklah sekuat mana kerana iman orang UMNO kepada partinya tidak sekuat pegangan orang PAS kepada parti itu.

Mereka bermati-mati dengan UMNO kerana  UMNO melambakkan mereka dengan duit. Payahlah negeri itu hendak bermewah-mewah jika pusat mengawal peruntukan sewajarnya untuk negeri. ADUN BN itu boleh bila-bila masa  saja meninggalkan parti yang sudah hilang kuasa.

Tok Pa dan Mukhriz tak dapat bertahan seperti PAS bertahan semasa memerintah negeri. Kali ini PAS dan PKR tidak membeli ADUN BN. Mereka tidak ditawarkan seperti apa yang BN tawarkan orang-orang yang lemah pendirian. Tetapi PAS dan PKR memang bekerja menarik orang UMNO menyertainya.

Jika ada ADUN  dan MP UMNO bertukar parti, mereka bukan berpaling  tadah atau melompat, tetapi menerima kebenaran dari satu perjuangan yang memelihara rakyat dan  negara.

Masa depan  UMNO masa itu bergantung kepada Saifudin Abdullah dari Temerloh atau Khairy Jamaluddin.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...