Searching...
Wednesday 4 April 2012
15:52 0

Ziana Zain & Anak Kembarnya Penghias Muka Depan Campaign 8, AVON


BINTANG Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995, Ziana Zain dan kembar comelnya, Muhammad Ariel dan Nour Kaseh telah menghiasi muka depan Campaign 8, 2012 AVON Malaysia sempena meraikan Sambutan Hari Ibu yang bakal menjelma Mei ini. 

Kali terakhir Ziana dan kembarnya muncul di media massa kira-kira 3 tahun yang lalu sewaktu memperkenalkan Ariel dan Kaseh. Cukup ekslusif, mungkinkah bayarannya juga sungguh ekslusif? Wajarlah kerana Ziana Zain sememangnya artis Malaysia yang sudah berada dalam kelasnya tersendiri. Lebih 20 tahun dalam industri hiburan tanah air, namanya masih terus diperkatakan.


Banyak gelagat Ziana dan anak kembarnya dalam campaign Avon kali ini. Kehidupan isteri kepada Ketua Pramugara MAS, Armin Zaharin ini tampak sungguh sempurna dengan 4 orang cahaya mata, Aiman (12 tahun), Ammar (9 tahun) dan anak kembarnya.


Buat peminat Ziana Zain, nantikan kemunculan Ziana di malam penuh gemilang, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Ahad ini, 8 April 2012. Ziana tercalon didalam 3 kategori, Anugerah Seri Perak, Artis Wanita Paling Popular Online dan Artis Wanita Paling Bergaya. Ziana juga akan berpadu suara bersama Lan The Typewriter untuk segmen persembahan, Nantikan!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...