Searching...
Thursday, 12 April 2012
14:19 0

Usung beg khas setiap hari untuk buang sisa kumbahan




AULONG – Lebih lima tahun menderita penyakit kanser usus, kini seorang warga emas terpaksa me­ngusung beg khas untuk membuang bahan kumuhan setiap hari.

Hou Koon Ween, 62, berkata, dia mula mengidap penyakit itu sejak tahun 2006 lalu.

Menurutnya, selepas menjalani pembedahan, dia tidak lagi dapat membuang bahan kumuhan secara normal dan perlu membawa beg khas untuk tujuan itu.

“Saya sepatutnya menjalani rawa­tan kemoterapi pada Mac lalu, tetapi akibat kekangan kewangan, tidak memungkinkan saya mendapatkan rawatan ini,” katanya.

Koon Ween berkata, kini dia telah diberhentikan kerja dan melakukan kerja separuh masa sehingga rawa­tannya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

“Gaji yang tidak menentu ini hanya cukup untuk keperluan harian dan dua anak yang masih bersekolah.

“Sementara isteri hanya suri rumah. Setiap bulan RM200 diperuntukkan untuk membeli beg khas ini dan ia adalah keperluan penting saya kini sekiranya tidak mahu berdepan risiko lain,” katanya.

Katanya, untuk memenuhi kehidupan yang lebih selesa, dia perlu bekerja keras bagi menampung perbelanjaan dirinya dan keluarga.

“Saya sangat mengharapkan bantuan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik sama seperti orang lain dan sembuh sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, sebuah syarikat telah berbesar hati memberikan sumbangan wang tunai bernilai RM2,838 kepadanya bagi meringankan beban selain kos rawatannya nanti

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...