Searching...
Friday, 6 April 2012
00:33 0

Usahawan Kosmetik Rugi Jutaan Ringgit



Nampaknya usahan kosmetik kita kena lebih berhati-hati dan berwaspada.

Selepas dikejutkan dengan berita pembunuhan pengasas Nouvelle Visages, Datuk Soosilawaty Lawiya, terbaru seorang lagi jutawan kosmetik menjadi mangsa perbuatan jenayah.

Nasib baiklah mangsa Datin Ira Abdul Ghani yang juga pengasas produk kecantikan, Aura Seri tidak diapa-apakan.

Namun beliau mengalami kerugiaan jutaan ringgit selepas dua pembantu rumah warga asingnya dipercayai melarikan pelbagai barangan berharga dari kediamannya di Gombak, awal pagi tadi.

Sedikit mengenai Ira, beliau memulakan kerjaya sebagai pembantu pengurusan di sebuah hotel di Pulau Pinang 11 tahun lalu.

Kini beliau merupakan Pengarah Urusan Positive Image. Syarikat itu terkenal dalam bidang kecantikan dan spa khususnya di bawah jenama Aura Seri.

Ira pernah tersenarai dalam Anugerah Mentor menerusi program Peruncitan Mara, finalis Wanita Ikon 2007 anjuran majalah Wanita dan tercalon dalam Glamorous Woman 2007 oleh majalah Glam.

Suami beliau, Dr.Ibrahim Ahmad, merupakan seorang pakar motivasi.

Penulis berharap pihak polis dapat segera menyiasat dan menahan suspek yang dimaksudkan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut bolehlah menghubungi RakanCops di talian 03- 2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...