Seorang Rakyat Malaysia Terbunuh Letupan Di Hatyai
KANGAR - Seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh dalam kejadian letupan gas di sebuah hotel di Haadyai, selatan Thailand semalam, menurut Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan.
Beliau berkata, mangsa Low Thian Hock, 46, berasal dari Kulim, Kedah.
"Mayatnya masih di hospital dan akan dihantar pulang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.