Searching...
Wednesday 4 April 2012
22:58 0

Seorang lelaki membunuh teman wanitanya menggunakan sotong kurita



SEOUL : Seorang lelaki Korea Selatan ditahan selepas didakwa membunuh teman wanitanya yang dipercayai tercekik ketika memakan seekor sotong kurita yang masih hidup.

Selepas satu siasatan yang memakan masa beberapa bulan, suspek yang dikenali sebagai Kim ditahan atas tuduhan membunuh, Jumaat lalu selepas siasatan dijalankan beberapa bulan, kata pendakwa Lee Geon-tae di Incheon, barat Seoul. Kim akan didakwa dalam masa sepuluh hari lagi.

"Beliau masih menafikan tuduhan, kami percaya mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwanya," kata pendakwa terbabit tanpa mengulas lanjut.

Suspek yang kini berusia 31 tahun mendaftar masuk ke sebuah motel di Incheon bersama teman wanitanya itu dalam kejadian April 2010 selepas membeli dua ekor sotong kurita hidup dari sebuah restoran.

Lelaki itu kemudiannya dilaporkan menghubungi pihak motel dan memberitahu bahawa teman wanitanya pengsan dan berhenti bernafas setelah memakan seekor daripada sotong terbabit.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...