Agak terkejut juga bila ada yang mendakwa pelakon cantik Rozita Che Wan dikatakan mempunyai hubungan serius dengan suami Dato Siti Nurhaliza iaitu Datuk K. Perkara ini bukan boleh dibawa bergurau atau untuk mainan gosip, kerana ia melibatkan rumahtangga yang mungkin boleh hancur disebabkan fitnah sebegini.
Perkara ini tercetus apabila isu lari dari rumah anak Rozita che wan beberapa minggu lepas. Ini kerana, ada beberapa pendapat mengatakan anaknya itu lari dari rumah kerana Rozita che wan mahu berkahwin dengan seorang Datuk, walhal Rozita che wan sudah menjelaskan mengapa anaknya itu berbuat demikian.
Walaupun sebelum ini ada beberapa gosip mengatakan Datuk K dan Rozita che wan mempunyai hubungan, Namun semua itu hanyalah gosip dan tak disangka perkara ini hangat kembali.
“Benda ini fitnah. Saya tak tahu macam mana isu ini boleh timbul dan siapa yang mula membangkitkan isu ini. Saya berkemungkinan akan mengambil tindakan kepada individu yang menyebar fitnah ini. Orang yang reka cerita ini patut bertanggungjawab kerana isu ini melibatkan orang lain,” tegas Rozita mengakui tidak boleh berdiam diri lagi.“Ini kali ketiga saya dikaitkan dengan Datuk K. Dua tahun lepas pun benda yang sama dan benda ini boleh timbul lagi walaupun saya dah menafikan perkara ini. Mereka yang menyebarkan fitnah ini memalukan saya dan juga menjejaskan rumahtangga orang lain. Saya mungkin akan saman individu tersebut.”“Saya pun tak faham, jika betul saya berkahwin, tunjukkanlah bukti. Bagi saya, jika tak ada bukti, tak payah buat cerita. Benda ini semua fitnah. Bila tulis benda tak elok yang saya sendiri tak buat, pandangan masyarakat akan buruk terhadap saya. Selagi saya tak ambil tindakan, selagi itu orang tak akan berhenti bercakap.”
Ini adalah snapshot seorang user dari laman forum cari yang dikatakan penyebar atau pemula gosip tersebut.
0 comments:
Post a Comment