Searching...
Saturday, 14 April 2012
17:06 0

"Rita Tidak Pernah Mengadu Masalah" - Ibu


SETELAH mengikuti penjelasan Rita Rudaini dan kenyataan balas Aidil Zafuan berhubung kisah pergolakan rumah tangga mereka yang hangat diperkatakan waktu ini, media telah berjaya mendapatkan kenyataan daripada ibu Rita, Puan Basariah Ibrahim, 59.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku kepada Rita dan anak-anak. Bukan sekali kejadian seperti ini berlaku, tetapi dia tetap tabah dan kuat semangat demi anak-anak. Sepanjang perkahwinan mereka, kami sekeluarga sehabis boleh tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga mereka berdua. Biarlah mereka selesaikan sendiri dengan cara yang paling baik.

“Namun melihat kepada situasi yang berlaku sekarang ini, saya sebagai seorang ibu merasa amat kasihan kepada Rita dan anak-anak. Apa yang boleh saya lakukan, hanya dengan memberikan dia semangat dan berdoa semoga dia kuat untuk melalui semua ini. Insya-Allah keluarga akan sentiasa bersama dengan dia dan anak-anak,” ujar ibu Rita sayu.

Menurut ibu Rita juga, buat ketika ini dia banyak meluangkan masa bersama Rita dan anak-anak kerana risaukan keadaan mereka.

“Rita tidak pernah menangis di depan anak-anak, tetapi sebagai orang yang melahirkan dia, saya tahu kesedihan yang dia rasai. Dia susah nak mengadu masalahnya kepada saya kerana menganggap hal rumah tangga tidak perlu dibawa kepada pengetahuan orang lain,” katanya. -MH

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...