Searching...
Friday, 20 April 2012
17:07 0

'Rempit Bukan Jenayah' - David Teo Sokong Pertubuhan Rempit United

KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2012: Setelah berjaya menghasilkan beberapa filem berkonsepkan kehidupan mat rempit, kini produser, Mejar (K) David Teo telah bersama -sama menyokong sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama, Rempit United.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG), David Teo berkata dia akan menyokong pertubuhan itu untuk membantu menyelesaikan masalahan rempit di dalam negara yang menerima stigma negatif daripada masyarakat.

"Saya menyokong pertubuhan ini bukan kerana politik atau apa. Sebaliknya hanya untuk membantu anak-anak muda yang bermasalah dan terlibat dalam kegiatan rempit untuk mengintegrasikan mereka di dalam masyarakat.

"Paling utama adalah saya ingin mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap mat rempit. Bagi saya rempit bukan jenayah.

"Kalau rempit itu dicop jenayah, sangat tidak adil kepada berjuta penunggang motorsikal yang terdiri daripada keluarga kita sendiri.

"Jadi sebagai produser filem saya akan bertanggungjawab mengeluarkan filem yang bukan sahaja memberikan mesej berguna kepada masyarakat tetapi mengubah pandangan negatif mereka terhadap rempit," katanya selepas pelancaran Rempit United, baru-baru ini.

Rempit United yang baru ditubuhkan dibawah skop Kementerian Dalam Negeri itu membawa objektif untuk membantu remaja-remaja yang terbabit dalam aktiviti pemotoran supaya dapat menyemai kembali nilai-nilai positif dan menjauhkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti jenayah.

Sementara itu, David Teo memberitahu, dalam usaha menyokong pertubuhan tersebut dia akan menerbitkan sebuah drama dokumentari berkenaan isu rempit terbitan syarikatnya MIG.

"Idea untuk menerbit drama berkenaan sudah lama terpendam dan baru sekarang saya rasa ianya sesuai untuk dipertontonkan bagi menyokong pertubuhan ini.

"Saya harap masyarakat dan banyak pihak akan buka mata kerana saya tidak mahu nama rempit menjadi isu lagi seperti filem saya sebelum ini yang ditukarkan tajukanya daripada V3 Rempit kepada Samseng Jalanan yang saya rasa lebih teruk.

"Dalam drama ini, artis-artis yang terlibat dalam filem rempit seperti Adnan Sempit iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana dana ramai lagi akan berkongsi pendapat dan pemikiran mereka.

"Namun semuanya masih dalam perancangan, kami belum dapat pastikan bila ianya akan ditayangkan," tambhanya lagi.

Anatra selebriti terkenal lain yang turut menjayakan kempen ini adalah Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sari Yanti, Nora Danish dan Ilia Iryani.

Selain artis tempatan, terdapat pelumba veteran yang turut menyertainyanya seperti seperti Chia Tuck Cheong, Sharun Nizam Tamin dan M. Meganathan.

Pertubuhan tersebut juga akan menganjurkan siri jelajah di seleruh negara menerusi kempen yang dikenali sebagai Evolusi-R.

Perlumbaan Evolusi-R akan dijalankan di tiga buah negeri bermula Kuala Terngganu pada 2 Jun ini, diikuti Perak pada 9 Jun ini dan berakhir di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012. - murai

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...