Searching...
Thursday, 5 April 2012
16:29 0

PC Sebagai Mesin Fax


Tahukah anda bahawa komputer anda boleh dijadikan sebuah fax machine. Ini akan menjimatkan kos kerana tidak lagi perlu membeli sebuah mesin fax yang berasingan. Malah, ia boleh menjadi lebih canggih berbanding mesin fax yang biasa.

Keperluan:

1 - Komputer
2 - Talian telefon
3 - Modem
4 - Software

Software
Software yang paling canggih untuk digunakan sebagai mesin fax ialah Norton Winfax. Ia perlu didapatkan melalui kedai-kedai yang menjual software. Ada juga program yang ditawarkan secara percuma di internet, tetapi tidak ada satu pun yang menghampiri Winfax dari segi kemudahan dan kecanggihannya.
Kelebihan menggunakan Winfax

1 - Anda tidak lagi perlu print dokumen kemudian fax menggunakan mesin fax biasa. Anda cuma perlu "Print", pilih Winfax sebagai printer, kemudian klik OK. Dokumen kemudiannya terus sedia untuk difax. Ini menjimatkan kertas.

2 - Anda boleh simpan semua nama dan alamat di dalam Winfax. Tidak lagi perlu mencari-cari nombor fax menggunakan kaedah manual.

3 - Fax yang telah dihantar dan diterima boleh disimpan sebagai rekod. Ia boleh dibaca kembali bila-bila masa. Ia juga boleh didelete secara manual atau automatik (contohnya, fax yang diterima 30 hari lepas akan didelete secara automatik) dengan memilih option yang sesuai.

4 - Broadcast: Menghantar fax ke beberapa tempat sekaligus adalah perkara yang mudah. Contohnya, anda boleh set untuk menghantar fax ke A, B, C dan D. Winfax akan cuba menghantar fax ke A. Sekiranya A engaged atau tidak berjawab, ia akan menghantar ke B. Begitulah seterusnya. Kemudian, ia akan cuba menghantar semula ke tempat-tempat yang belum dihantar, contohnya A.

5 - Anda boleh set berapa kali ia perlu mencuba untuk menghantar ke sesuatu tempat sekiranya talian tidak dijawab atau engaged.

6 - Boleh set pukul berapa fax perlu dihantar. Contohnya, boleh set supaya fax dihantar pukul 12 malam, dsb. Anda sendiri tidak perlu berjaga malam, asalkan komputer ON.

7 - Boleh set supaya komputer menjawab fax secara automatik atau manual.

8 - Boleh set FORWARDING. Contohnya, sekiranya komputer anda di pejabat menerima fax pada pukul 12 malam sehingga 8 pagi, ia boleh diset supaya menghantar fax tersebut ke nombor telefon yang lain pula, contohnya ke rumah anda.

Terima Kasih Kerana Membaca Article Kami...
Jumpa Lagi Di Lain Waktu

Assalamualaikum...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...