NAMPAKNYA perang yang tercetus secara tiba-tiba antara Zed Zaidi dengan Aaron Aziz belum nampak penghujungnya. Bermula dengan Twitter Zed Zaidi yang meluahkan beliau lebih berbangga jika artis Malaysia yang terpilih untuk memenangi Anugerah Bintang Popular ABPBH 2011.
Walaupun beliau dalam tweetnya tidak menyebut nama anugerah atau acara mana, namun ia jelas ditujukan kepada kemenangan artis kelahiran Singapura (dan masih warganegara itu) Aaron Aziz. Aaron bertindak menjawab kenyataan itu dengan menyifatkan Zed Zaidi sebagai tidak matang kerana menjadikan isu kewarganegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya.
Terkini, Zed Zaidi melalui blognya menjelaskan secara panjang lebar mengapa beliau kurang senang dengan kehadiran artis-artis luar memonopoli anugerah dan industri hiburan negara. Zed Zaidi menyifatkan fenomena kehadiran artis luar ke dalam industri Malaysia sebagai bentuk penjajahan yang lama-kelamaan akan hanya merugikan artis tempatan.
0 comments:
Post a Comment