Searching...
Thursday, 12 April 2012
23:46 0

Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze


PETALING JAYA: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

"Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Sham bersama isteri pertamanya, Farazila.

Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...