Searching...
Saturday, 14 April 2012
15:55 0

Natasha Hudson Tidak Sabar Bergelar Isteri


KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2012: Biarpun majlis pernikahan Natasha Hudson akan berlangsung esok pagi, namun pelakon cantik berkenaan masih muncul dalam sebuah majlis fesyen di pusat beli-belah, Mid Valley malam semalam.

Ditemui media pada majlis pertunjukan fesyen kaca mata Optical 88*, Natasha Hudson nyata kelihatan cukup bergaya dengan gaun kembang rekaan Dewi Sofiea, top turtle neck , turban ikatan sendiri dan cermin mata hitam pilihan.

Katanya, majlis pernikahan yang akan diadakan di Masjid Wilayah seawal jam 11 pagi itu merupakan detik perubahan penting dalam hidupnya kerana bakal bergelar seorang isteri kepada jejaka yang amat disayanginya.

"Memang ini adalah perkahwinan ketiga saya selepas dua perkahwinan saya sebelum ini tidak berjaya. Tapi saya percaya, jika yang pertama dan kedua tidak berjaya, saya yakin perkahwinan kali ini akan menjadi lebih baik. InsyaAllah.

"Apa yang pasti, saya tidak sabar menanti detik untuk bergelar isteri kepada seorang yang amat saya sayangi dan cukup memahami diri saya seadanya. Lagi cepat lagi bagus.

"Tak sangka, perhubungan yang hanya bermula sebagai kenalan biasa, kemudian menjadi teman baik dan kini kami akan disatukan sebagai suami isteri. Apatalah lagi masing-masing dalam bidang seni. Cukup membahagiakan saya," katanya berseri-seri.

Natasha Hudson,29 dan Khalid Kamal,33 bakal disatukan dalam sebuah majlis akad nikah serba ringkas yang hanya akan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan juga pihak media.

Bakal menggayakan persalinan dari rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff dan solekan daripada Izzat, pelakon Chermin itu menyifatkan perkahwinannya kali ini cukup istimewa dan bermakna dalam lembaran hidupnya.

Lebih memberi makna cukup mendalam lagi apabila dia kini sudah bertudung sebaik saja pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.

"Terus terang, apabila saya memberi tahu Khalid bahawa saya sudah bertudung, dia ternyata sangat gembira dengan perubahan saya itu dan dia sememangnya menyokong.

"Kerana baginya, apa yang saya lakukan ini adalah keputusan ikhlas dari sudut hati saya sendiri.

"Apatah lagi, memang sejak diusia remaja lagi saya banyak mengumpul skaf dan juga tudung. Malah ketika menunaikan Umrah, saya banyak membeli tudung di Madinah. Jadi sekarang adalah masa yang paling tepat untuk berubah,"katanya merendah diri.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...