Malaikat
Makhluk halus yang dijadikan oleh Allah daripada cahaya ( Nur ) yang tidak kelihatan oleh Manusia. , pekerjaan mereka adalah sentiasa mengucap tasbih dan tidak pernah mengingkari perintah dan larangan tuhan.
malaikat tidak terkira banyaknya , tetapi daripada Al - Quran terdapat sepuluh malaikat yang patut diketahui ...
Jibril
ketua segala malaikat . di tugaskan membawa wahyu kepada rasul
Mikail
Malaikat yang ditugaskan untuk menurunkan sesuatu yang berkaitan rezeki seperti mengatur angin, kesuburan tanah dan sebagainya
Israfil
Malaikat yang di tugaskan meniup shur ( trompet ) di hari Akhirat . Tiupan pertama, membinasakan keseluruhan alam Dan tiupan kedua akan membangkitkan dan menghidupkan kembali kembali makhluk
Izrail
malaikat maut , ditugaskan mecabut nyawa makhluk
Raqib dan Atid
Malaikat yang diberikan tugas untuk mencatat amalan baik dan keburukan yang dilakukan oeh manusia di dunia ini. selepas kematian manusia segala laporan amalan akan disimpan untuk dihitung kemudian hari.
Munkar dan Nakir
Diberikan tugas untuk menyoal manusia yang telah Mati di alam kubur ( barzah )
Ridwan
Malaikat yang diberi tugas untuk menjaga shurga dan nikmatnya.
Malik
Malaikat yang diberi tugas menjaga neraka.
0 comments:
Post a Comment