Searching...
Tuesday, 3 April 2012
15:02 0

Kritik Prestasi Skuad Kebangsaan Secara Terbuka - Annuar Musa Diadili FAM Esok

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap mengadakan perbicaraan terhadap timbalan presidennya Tan Sri Annuar Musa di Wisma FAM esok walaupun ada desakan daripada sesetengah pihak supaya ia ditangguhkan.
Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Taufik Abdul Razak berkata, perbicaraan itu hanya akan ditangguhkan jika diarahkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM.

"Setakat ini, kita tidak menerima arahan daripada Jawatankuasa Eksekutif (FAM) untuk menangguhkan perbicaraan ini... jadi ia akan diteruskan seperti biasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah berkata timbalannya,Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM.

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...