KUALA LUMPUR – KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFC) akan menganjurkan pertandingan mencari harta karun, KFC RapidKL Fun Hunt pada 11 Disember ini.
Pengurus Besar KFC Events Sdn. Bhd., Rosita Abu Bakar berkata, program anjuran Unit Edu-Fun KFC itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,200 kepada johan pertandingan.
“Hadiah RM1,000 pula akan diberikan kepada pemenang tempat kedua dan RM800 akan diberikan kepada pemenang ketiga.
“Pemenang tempat pertama bagi Kategori Keluarga akan membawa pulang RM1,200, kedua RM1,000 dan RM800 kepada peserta yang menduduki tempat ketiga,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Rosita berkata, KFC RapidKL Fun Hunt akan meliputi laluan bermula dan berakhir di perkarangan Wisma KFC di Jalan Sultan Ismail di sini.
Menurutnya, pertandingan kali ini berbeza daripada KFC RapidKL Fun Hunt pada Julai lalu yang memerlukan para peserta memandu kenderaan mereka menuju destinasi yang ditetapkan.
Jelasnya, pada program kali ini para pencari harta karun dikehendaki menggunakan pengangkutan monorail dan LRT.
Kata beliau, program tu dijadualkan bermula pukul 7.00 pagi dan dijangka memakan masa selama empat jam dan para peserta akan dijamu dengan sarapan dan makan tengahari.
Lebih menarik, katanya, pelbagai aktiviti lain turut disediakan kepada para peserta seperti persembahan tarian dan slaid foto sebelum diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Jsuteru, katanya, mereka yang berminat menyertai pertandingan itu diminta mendaftar segera kerana pendaftaran akan ditutup sebelum 5 Disember 2011 atau apabila jumlah maksimum pasukan telah dicapai.
“Maklumat lanjut dan borang penyertaan, log masuk ke: laman Facebook Edu-Fun, laman web KFC www.kfc.com.my, atau e-mel kepada edu.fun@kfcholdings.com.my.
“Borang penyertaan juga boleh didapati di outlet KFC di Wisma KFC, KLCC, Pavilion, Sungai Wang, Bukit Bintang, Berjaya Time Square, Wangsa Maju Drive Melalui, Mid Valley, Pudu Raya dan KL Sentral,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment