KUALA LUMPUR – Seramai 13,000 orang termasuk golongan anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik dan kurang upaya di seluruh negara menerima sumbangan makanan percuma KFC sejak Januari lalu.
Pengarah Urusan KFC Holdings, Jamaludin Md. Ali berkata., sumbangan itu dilakukan melalui Projek Penyayang KFC yang diadakan sebanyak empat kali pada tahun ini.
“Program sumbangan makanan percuma ini merupakan sumbangan KFC kepada masyarakat melalui penyediaan hidangan KFC.
“Program ini diadakan bersempena perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali,” katanya melalui satu kenyataan media.
Jamaludin berkata, KFC telah menjalankan program Projek Penyayang tersebut bagi tahun yang ke-14 berturut-turut.
Katanya, KFC berhasrat meneruskan projek itu pada tahun-tahun mendatang dan berazam untuk memperbaiki serta memperluaskan lagi perlaksanaannya.
Jelasnya, KFC sebagai sebuah organisasi korporat yang besar percaya adalah penting untuk syarikat itu berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat.
Sehubungan itu, katanya, bersempena dengan perayaan Deepavali tidak lama lagi KFC melalui program Projek Penyayang yang ke 53 telah melawat ‘Rumah Keluarga Kami’ di Kajang baru-baru ini.
“Kami percaya ini menjadi tanggungjawab kami untuk sentiasa mengingati mereka yang benar-benar memerlukan, terutama pada musim perayaan seperti Deepavali,” katanya.
0 comments:
Post a Comment