Searching...
Wednesday 4 April 2012
16:36 0

Kes Tembak Di Rantau Panjang, Polis Tahan 3 Beradik Keluarga Terdekat Mangsa


KOTA BHARU - Polis menahan tiga beradik serta empat yang lain berhubung kejadian tembak yang menyebabkan kematian seorang pemuda di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Bagaimanapun dua suspek utama rakyat negara jiran yang dipercayai melakukan tembakan itu masih diburu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tiga beradik itu mempunyai pertalian keluarga terdekat dengan mangsa, ditahan dalam serbuan yang berbeza lokasi antara pukul 3 petang dan tengah malam semalam.

"Susulan daripada kejadian itu, Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan dan Pasir Mas telah menangkap enam lelaki dan seorang perempuan berumur antara 22 hingga 40 tahun dan mereka semua adalah rakyat tempatan yang tinggal di Rantau Panjang, Pasir Mas.

"Kita juga masih mengesan dua lagi suspek utama rakyat negara jiran yang dipercayai melakukan tembakan itu mengikut saksi-saksi yang kita telah tangkap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...