Searching...
Tuesday, 10 April 2012
00:25 0

Janji Kosong PR: Petronas Bakal Tinggal Bulu



PERASAN tak, setiap kali Pakatan harami tampil membuat janji yang menarik tapi tidak realistik, satu nama ini pasti tidak lekang dari bibir si pembuat janji (biasanya Anwar Ibrahim), Petronas.

Syarikat Petroleum negara ini sering menjadi bahan ‘penyelesaian’ pakatan harami untuk menjustifikasi kepada rakyat ke atas janji-janji kosong yang sering dibuatnya.

Tapi, tanpa sedar pakatan harami dan Anwar terlupa bahawa sudah banyak janji yang disebut sebelum ini, semuanya melibatkan ‘wang’ Petronas.

Dia janji nak ambil alih syarikat konsesi supaya tol percuma (RM 25 billion), guna duit Petronas. Nak hapus hutang PTPTN (RM 43 billion) dan sediakan pendidikkan percuma untuk semua rakyat (RM 100 billion) guna duit Petronas.

Nak bagi royalti kepada Kelantan dan naikkan royalti minyak Sabah dan Sarawak, juga guna duit Petronas. Yang terakhir ini penulis tak tahu nilainya tapi bilion-billion jugak lah kot.

Jadi penyudahnya besok kalau Pakatan harami ini memerintah, apa yang tinggal kepada Petronas? Sudahlah sumber minyak negara dan dunia semakin menyusut, hasil yang dok ada sekarang nak digunakan sepenuhnya untuk menampung janji-janji kosong pembangkang.

Sedangkan berapa keuntungan bersih Petronas? Kalau ikut keuntungan 2011 disini, Petronas hanya untung RM 55.6 billion SAHAJA. Bukan semua keuntungan ini yang dibayar kepada kerajaan.

Itu kalau benarlah dia memang berniat nak laksanakan janji tu, bukan setakat sebut untuk raih undi.

Tapi sebenarnya, dengan menyebut Petronas ini pun, kita semua dah dapat mengagak bahawa semua janji manis itu hanya akan tinggal air liur sahajalah.

Dengan nilai beberapa janji itu pun dah mencecah ratusan billion ringgit, tak mana cukupnya duit Petronas nak ‘melangsaikan’ semua janji tu. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam negara yang lain ni, nak dicekau mana duit?

EPF? Duit EPF perlu dibayar balik kepada pencarumnya dengan dividennya sekali, berani ke Anwar nak mengusik?

Ini belum dicakapkan tentang subsidi minyak sahaja dah RM 15 billion setahun dan dijangka meningkat, subsidi barang makanan, tenaga dan lain lagi?

Tapi yang lebih penting, apa yang tinggal untuk negara untuk jangkamasa akan datang kalau kelihatannya semua wang yang ada akan dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya untuk memastikan Anwar jadi Perdana Menteri?

Nampak sangat Anwar hanya main sebut, dia bukan nak laksanakan sangat pun, asal sahaja dia jadi Perdana Menteri sudahlah.

Justeru, toksahlah nak percaya dengan pembohong macam Anwar ni. Semata-mata nak undi, bulan bintang pun dia janji tapi penyudahnya hampeh. Nak bukti, tengok sahaja di Selangor, Kedah, Pulau Pinang apatah lagi Kelantan. Setakat mana sahaja Pakatan Harami ini mampu menunaikan janji?

Memanglah dia akan kata kerajaan pusat sekatlah, itulah, inilah, tapi semua itu alasan lapok. Negeri itu sendiri mampu jana pendapatan, kalau tidak macam mana pulak Pakatan harami boleh buat janji khas untuk negeri itu sahaja (manifesto negeri) sebelum pilihanraya?

Sudah tentu janji itu dibuat dalam konteks negeri tersebut, bukan ikut konteks kerajaan persekutuan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...