Searching...
Saturday 7 April 2012
02:09 0

Imej Yuna Diterima Baik Di Amerika

PENYANYI berbakat besar yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat iaitu Yuna baru sahaja muncul di rancangan bual bicara popular Conan dan turut berkongsi pengalaman semasa berada di sana. Yuna memberitahu bahawa imej tudungnya diterima baik tanpa sebarang pertikaian oleh pihak pengurusan albumnya, Fader Label di Amerika. Peminat juga menerima baik akan imejnya walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung. Dia menganggap penerimaan ini sebagai satu langkah positif untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi profesional di negara tersebut.

Penyanyi kecil molek ini juga teruja menunggu pelancaran album pertamanya pada 24 April ini di kota New York. Dia ingin berkongsi kegembiraannya bersama peminat dan berharap agar rakyat Malaysia yang berada di sana turut sama memberi sokongan kepadanya. Ternyata penantian Yuna selama setahun untuk menyiapkan album tersebut membuahkan satu hasil yang membanggakan. 


Single kedua Yuna yang berjudul Lullabies juga bakal dipersembahkan di konsert jelajahnya ke seluruh negara itu selama 30 hari bermula Jun depan. Yuna turut dijadualkan untuk muncul di 30 persembahan dan sangat berpuas hati dengan segala persiapan dan perancangan yang telah diatur oleh syarikat rakamannya. 


Walaupun cabaran tersebut agak berat buat Yuna, namun dia berjanji akan melakukan yang terbaik untuk semua peminatnya di sana. Yuna sempat memberitahu yang albumnya bakal berada di pasaran Amerika sahaja tetapi pihak syarikatnya sedang berusaha mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album itu. Jadi bagi peminat Yuna, nantikan album tersebut walau di mana sahaja anda berada!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...