Searching...
Saturday, 28 April 2012
18:12 0

Hati-hati dengan cinta ajnabi...




Seorang wanita dipuji oleh lelaki AJNABI "engkaulah wanita pujaan hatiku", macam filem P. Ramlee .

Berlaku beberapa reaksi yang menarik antara MUSUH, KAWAN & SAHABAT sejati;

Nafsu - akan membuatkannya tersenyum gembira + bahagia bagaikan dunia aku yang punya & percaya. (MUSUH).

Akal - akan mengajaknya berfikir terlebih dahulu baik buruknya, benar bohongnya agar tidak terpedaya. (KAWAN).

Hati - akan berkata kepadanya: "Ini musibah yang sangat besar. Selamatkanlah ya Allah dari bahaya menimpa." (SAHABAT).

Saya hanya mampu tersenyum mendengar monolog mereka & jika saya wanita itu, insyaAllah sudah pasti saya akan mempercayai sahabat karibku yang ikhlas -HATI- dan kawanku yang bijak -AKAL- agar tidak terpedaya dengan tipuan dunia & lelaki yang bukan mahram yang berusaha mendekati .

Fahamilah wahai wanita di luar sana, jaga diri . Saya mengingatkanmu kerana tanda kasihku padamu - cewah .
Namun tetap juga ingatkan diri ini agar tidak menjadi seperti lelaki itu. Semoga diampunkan Allah, amin.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...