KUALA LUMPUR – TV AlHijrah akan mengadakan Program Cinta Masjid di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang, Selangor pada 14 April ini.
Unit Komunikasi Korporat TV AlHijrah melalui satu kenyataan memberitahu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena program tersebut.
“Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti siaran langsung rancangan Assalamualaikum dari tapak lokasi disamping penyempurnaan majlis pelancaran Rovers TV AlHijrah buat julung kalinya.
“Turut diadakan rakaman 30 Minit bersama Ustaz Don dan siaran langsung Selangor Berselawat bersama kumpulan Al-Mawlid,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, program sehari dengan kerjasama dan kariah serta jawatankuasa Masjid Al-Azim itu akan turut mengakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan diadakan seperti gotong royong memasak, pertandingan nasyid, pertandingan azan serta aktiviti sukan rakyat.
Jelas kenyataan itu, Program Cinta Masjid juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengetahui rancangan –rancangan terbitan TV AlHijrah serta mengenali dengan lebih dekat personaliti TV AlHijrah seperti Ustaz Don Daniyal, Hos rancangan Assalamualaikum Amin Idris, dan Irma Hasmie serta ramai lagi.
0 comments:
Post a Comment