Searching...
Saturday, 28 April 2012
15:55 0

Bersih 3.0 Bertukar Kepada Reformasi



KUALA LUMPUR – Seperti yang diduga banyak pihak, Bersih 3.0 hanyalah satu perhimpunan pihak pembangkang untuk memburukan kerajaan dan bukannya perhimpunan rakyat menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Ini kerana sistem pilihan raya negara ini tidak ada masalah melainkan persepsi yang diwujudkan pembangkang.

Bersih 3.0 yang berlangsung sekitar kawasan tepi Dataran Merdeka nyata memperlihatkan ia perhimpunan politik semata-mata.

Menurut wartawan kami di sana, yang kedengaran di sekitar kawasan berhimpun hanyalah laungan reformasi, hancur BN, mengutuk Rosmah Mansur dan Perdana Menteri.

Selain itu, remaja-remaja DAP kelihatan lebih bersemangat menentang kilang Lynas dengan begitu banyak poster berkenaan isu itu dibawa berbanding isu SPR.

“Tiada ada sesiapa pun yang menggunakan pembesar suara menjerit meminta SPR melakukan perubahan, semuanya mengutuk kerajaan semata-mata

“Jadi cakap sajalah ini perhimpunan anti kerajaan bukan untuk rakyat keseluruhan” katanya.

Tinjauan rambang juga mendapati Bersih 3.0 tidak mendapat sambutan kerana banyak pelusuk berhampiran Dataran Merdeka kelihatan kosong.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...