Searching...
Saturday, 14 April 2012
22:11 0

Bermesra-mesraan dgn isteri yg haid


Soalan

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin bertanya pada ustaz tentang hukum seorang suami 'mendatangi' isteri sewaktu isteri didatangi haid. Ada pendapat yang menyatakan ianya dibenarkan asalkan menjauhi faraj isteri.

1) Apa hukumnya sekiranya saya mendatangi isteri saya semasa beliau haid tetapi tidak menyetubuhi bahagian sulitnya?

2) Apa pula hukumnya sekiranya perbuatan itu dilakukan sehingga saya mengeluarkan air mani?

3) Bagaimana pula sekiranya air mani itu keluar apabila kemaluan itu dipegang atau di'main-main' oleh isteri yang sedang haid?

Sekian, terima kasih.


Jawapan

Wassalam

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud:
"Lakukanlah segala yang isukai terhadap wanita yang sedang haid kecuali nikah (jimak)"
(H.R. al-jamaah kecuali Bukhari)

Menurut Imam Abu Hanifa, Syafi'e dan Malik, harus mengucup,menyentuh,memeluk dan berseronok dengan isteri yang sedang haid pada seluruh tubuhnya kecuali antara pusat dan lutut.
Harus bagi suami mengeluarkan air maninya dengan menggunakan tangan isternya yang sedang haid jika khuatir tidak dapat mengawal diri daripada perbuatan haram seperti berzina akibat gejolak nafsunya.

wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...