Australia – `Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi’. Seperti mana keberanian bapanya, bekas pengacara Crocodile Hunter, mendiang Steve Irwin, anaknya, Bob Irwin turut mengikut jejak langkahnya.
Biarpun baru berusia lapan tahun, namun dia sudah berani memberi makan kepada buaya ganas di zoo di Australia.
Keberanian Bob itu disaksikan kira-kira 200 orang di zoo yang dimiliki keluarganya itu.
Imej Bob ketika bayi pernah dirakamkan selepas Steve memberi makan buaya berkenaan dengan sebelah tangannya sedang memegang anaknya itu.
Dua tahun lalu, anak sulong Steve, Bindi telah membintangi filem Free Willy: Escape from Pirates Cove yang diterbitkan dalam bentuk DVD.
Menurut Bindi, mereka sekeluarga ingin meneruskan legasi bapanya.
Steve meninggal dunia pada September 2006 apabila tertusuk sengat ikan pari di dadanya semasa melakukan penggambaran di laut, di Great Barrier Reef.
Ketika kejadian, dia sedang bersiap sedia untuk merakamkan terumbu karang yang turut menyaksikan Bindi berlakon dalam filem itu.
Semasa pengkebumian bapanya, di hadapan kira-kira 5,000 orang dan 300 juta penonton televisyen di seluruh dunia, Bindi yang ketika itu baru berusia 8 tahun, turut menyampaikan ucapan dengan penuh perasaan mengenai bapanya yang digelar ‘wira saya’.
0 comments:
Post a Comment