Searching...
Tuesday, 20 March 2012
19:01 0

TERKINI - Isteri Yang Ditangkap Khalwat Bersama Badrul Amin Penasihat MB Selangor Tuntut Fasakh Keatas Suaminya



Seorang wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes kontroversi di Kuantan, Pahang, akhir bulan lalu bertindak menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin di sini semalam.

Sebaliknya, Izatil Iwani Rashid, 28, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah kolej kemahiran di sini memutuskan akan membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya, Fazli Pungut, 32, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Wanita itu yang hadir ke mahkamah seorang diri membuat tuntutan notis tarik balik tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Kassim Pilus di dalam kamar hakim.

Bagaimanapun, semasa ditemui pemberita, Izatil tidak menyatakan alasan tertentu berhubung tindakan menarik balik permohonan cerai tersebut.

“Saya terpaksa tarik balik tuntutan tersebut (permohonan cerai) kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,” katanya ringkas.

Dia yang mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan tahun hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi, manakala suaminya, Fazli, yang merupakan seorang guru tidak kelihatan.



Sebelum ini Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok pada awal pagi. Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut. Wanita itu bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz yang mengesahkan penangkapan itu berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut kesalahan khalwat.





Kejadian ditangkap Khalwat di Kuantan Pahang bersama Isteri Orang sudah cukup membuktikan bahawa orang orang Pakatan ini berlakon sahaja Alim dan Warak tetapi mempunyai Nafsu buas bagaikan binatang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...