TAHUKAH anda apa definisi 1Malaysia? Ia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang padu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Memang benar produk 1 Malaysia semakin banyak dijual di mana-mana supermarket di negara kita. Bukan sahaja Klinik 1 Malaysia dan Kedai Rakyat 1 Malaysia, namun apabila melihat kepada gambar produk di bawah ini, ia menimbulkan pertanyaan tentang motif pengeluaran produk tersebut, samada ia dibuat atas dasar menyokong prinsip 1 Malaysia atau ianya adalah satu penghinaan? Mungkin juga ia dibuat sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mengira sensitiviti masayarakat Malaysia sebagai pengguna.
.jpg)
.jpg)
Apapun yang anda lihat, ia terpulang kepada diri masing-masing untuk mentafsirkan tujuan disebalik pengeluaran produk ini.