Searching...
Thursday, 22 March 2012
12:13 0

Sah ! Irma Hasmie Akan Bertunang 24 Mac 2012

JIKA sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan bahawa Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan pada 27 Mac 2012, namun tarikh tersebut disangkal oleh Irma Hasmie.

Walau bagaimanapun, Irma tidak menafikan akan melangsungkan majlis pertunangan pada bulan Mac ini. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Mac akan meninggalkan kita, akhirnya terjawab juga bila majlis pertunangan Irma Hasmie itu akan berlangsung.

Seperti update yang ditulis oleh Hatta Dolmat yang merupakan pereka busana yang akan dipakai oleh Irma Hasmie pada majlis pertunangannya itu nanti. Pada Facebooknya, Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang masih tidak diperkenalkan kepada umum pada 24 Mac ini, hari Sabtu.
Sama-sama kita doakan agar majlis yang telah dirancang oleh Irma Hasmie dan bakal tunangnya itu akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...