- Ini adalah tidak benar sama sekali, kerana sepanjang saya menggunakan Windows x64 sejak lebih 3 tahun memang tiada masalah untuk bermain game PC.
- Tidak kira Fifa, PES, Street Fighter IV, Battlefield 3 mahupun Angry Birds…tiada masalah bermain permainan PC dalam Windows 64-bit
2. Windows 64-bit tidak boleh install perisian bukan 64-bit.
- Tidak benar, kerana anda boleh install perisian bukan 64-bit dan ianya akan dimasukkan ke dalam folder Program Files (x86). Ini bermakna anda akan mempunyai dua folder Program Files dan juga Program Files (x86) sekiranya menggunakan Windows 64-bit.
3. Windows 64-bit adalah berat dan tiada drivers hardware.
Sekiranya anda menggunakan Ram yang banyak (lebih 4 GB ram) adalah digalakkan mengunakan Windows 64-bit kerana ianya menjadikan computer anda lebih laju dan stabil.
Untuk drivers, anda boleh download drivers yang khusus untuk 64-bit sahaja daripada laman asal pembuat hardware anda. Driver 32-bit tidak boleh diinstall di dalam komputer menggunakan 64-bit.
Fakta :
Bermula Mac OS X Lion (10.7) Apple telah menjadikan OS X sebagai 64-bit secara default dan ianya bertujuan menggalakkan pengguna supaya lebih maju dan tidak lagi menggunakan perisian 32-bit.
Pengguna Windows juga harus beralih kepada sistem operasi 64-bit dan jika perlukan Ram lebih sila beli sekarang sebab Ram sangat murah. 4 GB DDR3 boleh dapat dengan harda RM60-70 saja.
0 comments:
Post a Comment