Searching...
Sunday, 1 April 2012
03:42 0

Malaysia Leopards Tumpas 0-3 Pada Indonesia Rajawali




KUALA LUMPUR – Skuad badminton Malaysia Leopards seperti diduga gagal menandingi Indonesia Rajawali apabila kecundang 0-3 pada saingan pertama suku akhir Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras, di sini Sabtu.


Indonesia Rajawali mengutip mata pertama menerusi pemain ranking ke-16 dunia, Tommy Sugiarto yang mengalahkan Misbun Ramdan Misbun 21-17, 21-16.


Beregu pelapis Indonesia, Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan menyusul selepas itu untuk menambah mata kedua dengan mengatasi gandingan Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat 21-15, 22-20.


Impian negara untuk memperoleh sekurang-kurang satu mata tidak kesampaian apabila perseorangan kedua Leopards, Zulfadli Zulkifli kalah kepada Dynosius Hayum Rumbaka 11-21, 5-21.


Pada Ahad, Malaysia Leopards akan menentang Rajawali sekali lagi dalam aksi timbal balik separuh akhir di Britama Arena Sports Mall, Jakarta manakala Malaysia Tigers dan Indonesia Garuda akan berentap di Stadium Badminton Cheras di sini.


Tigers turut tunduk pada Garuda 2-1 dalam pusingan separuh akhir pertama di Jakarta Jumaat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...