UNTUNG menjadi empunya diri insan yang bernama Khairul Fahmi. Selepas menjadi hero bola sepak negara rezeki anak kelahiran Kelantan yang mesra dengan panggilan Apek ini memang tak pernah putus-putus. Baru-baru ini beliau telah dilantik menjadi duta produk Puma. Lebih bertuah lagi apabila Apek berpeluang makan tengah hari bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K melalui gambar yang dikongsikan di laman twitter beliau.
Dan tidak pula dapat dipastikan sama ada pertemuan mereka ini adalah secara kebetulan atau sememanganya untuk membincangkan karier di dalam industri hiburan. Siapa tahu suatu hari nanti Apek akan menjadi artis di bawah naungan Datuk Siti?