Searching...
Tuesday, 27 March 2012
21:24 0

HIKMAH IKUT KATA IBU



JIKA bukan kerana desakan ibu supaya dia mencuba nasib dalam pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) kali ini, belum tentu Kamilia Razwanis Kamarudin, 22, dapat merealisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi rakaman

Sememangnya, dorongan kuat orang tuanya itu kini dilihat penuh dengan hikmah apabila dia akhirnya diumumkan sebagai juara keseluruhan pertandingan terbabit, bagi musim terbaru, yang berlangsung di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Hasil kemenangannya, dia yang mewakili zon Utara bukan sekadar membawa pulang wang tunai RM3,000, barang kemas Rafflesia Mandalay bernilai RM10,000, malah dia juga akan menaiki pentas acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands, 8 April ini.

Lebih bermakna apabila impiannya untuk menjadi penyanyi rakaman semakin nyata apabila Kamilia yang lebih mesra disapa Liawanis turut diambil sebagai artis naungan KRU Music, atas kejayaannya itu.

Sudah lima tahun saya menjadi penyanyi sambilan, malah pernah beberapa kali juga menyertai pertandingan. Bagaimanapun inilah kemenangan paling manis pernah saya kecapi dalam usaha menunaikan cita-cita sebagai penyanyi.

Biarpun yakin dengan kemampuan diri, saya tidak tahu di manakah peluang itu akan muncul. Nampaknya impian saya ditakdirkan terlaksana menerusi BIBH sempena ABPBH edisi
jubli perak ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat acara.

Pada pertandingan yang diadili Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011, Zainuri Misfar; Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil; penyanyi, Adam; dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim itu, anak jati Kedah ini membawakan lagu Bertamu Di Kalbu dendangan asal Jaclyn Victor dan Kesal (Ella).

Perasaan teruja turut dikongsi naib juara, Syazira Hassim, 17, yang meraih wang tunai RM2,000 dan trofi. Malah, bagi menghadapi saingan kemuncak, dia sanggup berlatih 10 lagu, bagi memastikan persembahannya dilakukan sebaik mungkin.

Sebelum ini saya pernah mencuba nasib dalam pelbagai pertandingan nyanyian. Tetapi, debarannya tidak sama dengan pertandingan ini kerana BIBH diadili nama besar.

Saya amat bersyukur walaupun hanya berada di tempat kedua kerana pengalaman ini sangat berharga buat saya,” katanya yang pernah mencuba nasib pada dua edisi BIBH terdahulu.

Tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 menjadi milik Ema Fazuana Mehat, 19 tahun. Hadiah disampaikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan, Hanizam Abdullah.

Sementara itu, Norman berkata, selain juara, dia turut berminat melamar naib juara pertandingan berkenaan sebagai artis KRU.

Mereka berdua memiliki karisma yang besar. Dengan pilihan lagu, promosi serta pasaran yang betul, tidak mustahil kedua-duanya juga boleh bergelar finalis ABPBH satu hari nanti.

Kamilia berjaya meyakinkan saya sebaik saja dia membuat persembahan kedua. Vokalnya cukup terserlah ketika mendendangkan lagu Ella.

Manakala Syazira juga tidak mengecewakan. Bagi saya, mereka berdua sama hebat, malah saya memberikan markah yang sama pada keduaduanya. Cuma Syazira mempunyai lebih banyak masa untuk maju kerana dia baru berusia 17 tahun,” kata Norman.

Katanya lagi, kehadiran mereka berdua bertepatan dengan waktunya kerana KRU sendiri ketandusan penyanyi wanita, selain Jaclyn.

BIBH diperkenalkan empat tahun lalu bertujuan mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian. Tahun ini pertandingan diadakan di lima lokasi iaitu Shah Alam, Kuantan, Melaka, Sungai Petani dan lokasi terakhir, Pasir Gudang. Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...