Searching...
Tuesday, 27 March 2012
20:28 0

Bunuh suami isteri: Tiga lelaki didakwa

SEREMBAN – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh sepasang suami isteri warga emas awal bulan ini.

M. Segaran, 25, dari Beranang, Selangor; M. Kodeeswaran, 22, dari Taman Seremban Jaya; dan V. Rajasegaran, 46, dari Taman Anggerik, Rantau, dituduh membunuh Koh Poi Lim, 62, dan isterinya Yee Ah Kiw, 59, di ladang kelapa sawit Sungai Salak, Siliau, Lukut, Port Dickson antara pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi pada 5 Mac lepas.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marsilawati Mohamad Shah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Marsilawati kemudian menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Port Dickson. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...