KABUL 26 Mac – Ahli keluarga dan mangsa kejadian amuk seorang askar Amerika Syarikat (AS) di selatan Afghanistan yang menyebabkan 17 orang terbunuh, menerima pampasan berpuluh-puluh ribu dolar, kata pegawai kerajaan negara ini semalam.
Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, sebanyak AS$46,000 (RM141,588) diberikan kepada setiap keluarga manakala mangsa yang cedera menerima AS$10,369 (RM31,934) setiap seorang.
Katanya, dana kewangan tersebut disalurkan oleh pihak tentera AS dan penyerahan pampasan itu dilakukan pada majlis khas di ibu pejabat gabenor Kandahar. – AFP
0 comments:
Post a Comment