Akibat Meruntuhkan Masjid, 40 Orang Hindu Menjadi Buta
Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India? Rupa-rupanya, selepas masjid tersebut dirobohkan, ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkan rumah Allah ini.
Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992, telah mengalami buta dan penyakit tersebut gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya, mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.
Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan orang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat sembilan orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilang penglihatan mereka setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu.
Menurut wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.
Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar. Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Penyebab mereka semua menjadi buta ialah itu merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya. [sumber]
Ulasan 1malaysianews: Walaupun kita hidup dalam komuniti yang berlainan agama dan bangsa, janganlah kita melakukan 'dajal' terhadap mereka seperti merobohkan tempat ibadat dan sebagainya. Kita haruslah menghormati agama dan bangsa lain sebagai mana kita menghormati kaum lain yang wujud di tanah air kita ini.
Islam juga menuntut agar umatnya menghormati agama yang bertentangan dengannya. Pihak kami juga yakin bahawa agama lain juga begitu. Ingatlah, toleransi itu amat penting dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di dalam sesebuah negara.
0 comments:
Post a Comment