Searching...
Monday 30 June 2014
06:34 0

DUNIA Shia LeBeouf, Pelakon Transformers ditahan!


 





Pendukung watak utama siri Transformers, Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di sebuah studio kerana menyebabkan gangguan dan menggunakan bahasa lucah kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap pihak New York Police Department (NYPD), George Tsourovakas, pihaknya menerima laporan berkenaan kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan sebaik tiba di sana, pengawal keselamatan telah pun mengarahkan LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian.

Sejurus selepas itu, pemegang watak Sam Withwicky bagi siri Transformers itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orng awam.

“Dia menjadi sukar, agresif dan tidak terkawal secara lisan, sehingga ke satu tahap, beliau enggan beredar walaupun diminta oleh pihak pengawal dan ketika itulah pihak kami terpaksa ambil tindakan.

“Beliau kini telah ditangkap dan ditahan,” katanya.

Mengesahkan penahanannya, Pegawai Penyiasat Brian Sessa berkata, LaBeouf terpaksa diiring keluar dari studio tersebut bersama pihak polis selepas gagal bekerjasama dengan pihak polis.

Menurut sebuah laporan portal semalam, dia kini berada dalam tahanan pihak polis untk tindakan lanjut manakala jurucakap LaBeouf masih gagal untk dihubungi bagi kenyataan lanjut.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...