Searching...
Monday 30 June 2014
06:36 0

ARTIS Raja Ilya: Dahulu Saya Tomboy


 





MELIHAT kepada penampilan seksi pelakon Raja Ilya, mungkin tidak terlintas di fikiran ramai bahawa wanita ini pernah dilabel sebagai remaja tomboi.

Pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohamad itu memberitahu, dia gemar berpakaian seperti lelaki.

"Saya suka pakai seluar jean, baju-T dan bertopi sahaja. Kalau tak pakai topi, saya akan buat gaya rambut terpacak. Dulu rambut saya tak panjang macam sekarang. Bersolek pun tak pernah," ujar pelakon yg popular menerusi drama Mana Hilangnya Juwita ini.

Kongsi Ilya, imej 'kasar' yg dibawanya itu menyebabkan ada pihak yg menggelarnya tomboi.

"Seorang mak cik tukang cuci pernah menyangka saya tersilap masuk tandas perempuan. Dia ingatkan saya lelaki," ujar pelakon berumur 28 tahun ini ketawa.

Segalanya berubah selepas Raja Ilya menyertai Malaysia Airlines sebagai pramugari pada tahun 2004. Bermula dari situ, pelakon Kiah Spy ini mula menukar imej menjadi lebih kewanitaan.


KERJAYA pramugari mengubah diri Raja Ilya daripada imej tomboi kepada gaya feminin.

"Saya belajar pakai skirt dan kasut tumit tinggi sewaktu menjadi pramugari. Agaknya kalau saya tak jadi pramugari sampai sekaranglah saya jadi tomboi," selorohnya yg memberitahu, dia meminati kerjaya tersebut sejak kecil.

Raja Ilya sendiri mengakui berasa kurang selesa dengan imej feminin. Namun, lama-kelamaan dia belajar untuk menyesuaikan diri apatah lagi dia kini bergelar selebriti.

"Jujurnya, apa yang saya pakai ini bukan menggambarkan diri saya. Awal-awal memang saya agak rimas dengan penampilan begitu, maklumlah tak biasa. Tapi, sekarang saya mula selesa," luah pelakon yg pernah dilabel suka berpenampilan seksi ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon yg fasih berbahasa Tamil dan Hindi ini berkata, sepanjang Ramadan ini, dia sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Seludup.

"Drama itu berkisar mengenai perdagangan haram atau penyeludupan barangan," tuturnya mengenai drama yg bakal ditayangkan pada hujung tahun ini itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...