Searching...
Thursday 26 June 2014
17:11 0

[ARTIS] Maya Karin Tak Takut Sentuh Farid Kamil



Cacatan luahan perasaan tidak puas hati oleh Diana Danielle terhadap Nora Danish baru-baru ini sikit pun tidak menimbulkan rasa bimbang kepada aktres jelita Maya Karin. Maya akan muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) bergandingan dengan Farid Kamil.

Menurut Maya, jalan cerita kali ini tertumpu pada kisah percintaan tiga pasangan termasuklah wataknya bersama Farid. Jadi tentunya banyak adegan intim antara mereka.

Baru-baru ini menerusi nota dalam Instagram milik Diana, pelakon itu mempersoalkan kenapa dalam banyak-banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik ke laman sosial.

BACA: Farid Kamil Mohon Semua Maafkan Diana Danielle, Perkara Biasa

Tindakan Diana itu mendapat pelbagai reaksi ramai peminat. Ada yang terus melabelkan Diana sebagai cemburu buta kerana dia juga merupakan seorang pelakon maka seharusnya dia memahami keadaan tersebut yang menjadi tuntutan kerja.

Mengulas mengenai isu tersebut Maya berkata, dia tidak takut atau bimbang. Sebaliknya sebagai seorang pelakon dia bersikap profesional dan sentiasa tahu akan batas-batas pergaulan mahupun tuntuntan menjayakan satu, satu watak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...