Searching...
Saturday 13 October 2012
02:21 0

Piza Cheesy 7 Kembali Dengan Inti Enak



Pizza Cheesy 7 Kembali Dgn Inti Enak

KUALA LUMPUR– Kini ia kembali dengan citarasa lebih sensasi!
Kehebatan Piza Cheesy 7 daripada Pizza Hut kini muncul kembali di restoran-restoran dengan beberapa penambahan baharu – ia kini boleh dinikmati di atas kerak Pan istimewa berserta dengan pilihan empat inti baharu yang lazat.
Piza Cheesy 7 kegemaran ramai itu diperbuat daripada adunan tujuh keju paling popular di dunia – Cheddar, Mozzarella, Parmesan, Provolone, Monterey Jack, Romano dan keju krim.
Limpahan adunan sempurna keju-keju tersebut diratakan di atas kerak agar pelanggan bukan sahaja dapat merasai keenakan keju, tetapi pada masa yang sama, menikmatinya dalam kuantiti yang banyak.
Di samping itu, piza tersebut kini boleh dinikmati samada dengan keju sahaja atau berserta pilihan empat inti baharu untuk keenakan dan citarasa tambahan iaitu dalam Piza Chop Ayam Cheesy 7, Piza Peperoni dan Daging Cheesy 7, Piza Ayam dan Nenas Cheesy 7, Piza Citarasa Lautan Cheesy 7.
“Itulah sebabnya mengapa kini kami menggelarnya Cheesy 7 Reloaded. Ia kembali dengan keenakan yang lebih hebat,” kata Sheik Sharufuddin Sheik Mohd, Pengarah Eksekutif QSR Brands Bhd, pengendali Pizza Hut, di majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.
“Cuba anda bayangkan, tujuh keju paling enak di dunia di atas piza Pan kami yang istimewa. Ia ternyata mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di kalangan para penggemar piza keju, sewaktu kali pertama kami mengadakan promosinya selama dua bulan pada setahun yang lalu. Saya pasti sejak itu mereka begitu mengidamkannya,” katanya.
Cheesy 7 Reloaded kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di Malaysia secara ala-carte atau sebagai sebahagian daripada hidangan kombo, hanya untuk jangka masa yang terhad.
Sekeping piza Cheesy 7 Reloaded saiz biasa berharga RM26.50 secara ala-carte manakala yang bersaiz besar berharga RM35.50. Bagi hidangan berkumpulan, dua hidangan kombo berharga RM31.50 disediakan untuk dua orang dan RM42.50 untuk empat orang yang turut dihidangkan dengan soup of the day, Garlic Breadstix dan minuman ringan Mountain Dew.
Harga-harga tersebut ditawarkan di semua restoran Pizza Hut di Semenanjung Malaysia kecuali di Pizza Hut KLCC dan Genting Highlands.
Pizza Hut membelanjakan lebih RM2 juta dalam pengiklanan dan promosi untuk piza baharu ini dan turut mengadakan peraduan kepada para pelanggan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik, antaranya seperti TV LCD dan iPad.
Pemegang kad Maybank dan American Express yang membeli Cheesy 7 Reloaded bersaiz biasa atau besar secara ala-carte layak untuk mendapat diskaun sebanyak 30% bagi hidangan di restoran atau pesanan untuk dibawa pulang.
Pizza Hut menjangka Cheesy 7 Reloaded bakal menyumbangkan sebanyak kira-kira 22% daripada jualan seluruh rangkaiannya sepanjang tempoh promosi.
“Kejayaan kami adalah hasil imaginasi dan inovasi dalam usaha untuk terus membangun, memasar dan mempromosi produk-produk piza baharu dengan citarasa, keenakan, gaya dan tarikan yang unik dan tersendiri.”
“Cheesy 7 Reloaded akan menokok kepada kepelbagaian kami dan mengukuhkan reputasi kami sebagai pengeluar piza terbaik serta mendorong jualan yang lebih tinggi di seluruh rangkaian kami.”

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...