Searching...
Sunday 30 September 2012
16:23 0

Siti Mahu Tampil Kurus Dalam Konsert

Siti Mahu Tampil Kurus Dalam Konsert



KUALA LUMPUR – Impian penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk mengadakan konsert solonya sekali lagi akhirnya bakal tercapai.

Pada 9 November nanti , Siti akan mengadakan konsertnya, ‘Siti Nurhaliza Live In Kuantan 2012’ untuk mengubat rindunya menyanyi di hadapan peminat-peminat setianya.

Sebelum beraksi di pentas konsert, Siti mahu kelihatan kurus dan menawan di khalayak ramai.

Menurut laporan di Murai.com, Siti sudah pun berpantang sekarang ini dengan mengamalkan diet yang sihat dan senama yang konsisten supaya dapat mengembalikan berat badannya yang asal.

“Banyak persiapan yang saya perlu mulakan dari sekarang terutama sekali saya mahu kembali fit denan bentuk badan yang lebih kurus iaitu 55 kilogram.

“Selain bersenam , rasanya saya perlu berpantang untuk makan makanan berminyak atau minuman sejuk demi untuk menjaga suara dan mengekalkan tubuh badan yang sihat sebelum hari konsert nanti,” kata Siti.

Justeru, Siti berharap agar pantangnya itu akan berhasil dalam masa sebulan sahaja masa yang tinggal.

Malah, dia juga berharap agar segala usaha yang dilakukan untuk menjayakan konsertnya itu akan membuahkan hasil.

“Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum saya membuat persembahan di dalam konsert solo kedua ini nanti.

“Harap-harap saya akan memberikan yang terbaik buat peminat serta penonton yang hadir nanti,” katanya.

Pada 9 November nanti, Siti akan mengadakan konsertnya itu di Bukit Gambang City Resort, Kuantan.

Untuk menyaksikan konsert ini, tiket-tiket dijual pada harga RM338 (tempat duduk VIP), RM238 (tempat duduk PS1), RM168 (PS2) dan RM98 (PS3). Maklumat lanjut mengenai tiket bolehlah menghubungi talian 09-5173609.



Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...