Searching...
Tuesday 3 July 2012
14:28 0

Warga Indonesia Maut Dihempap Peti Sejuk


KUANTAN – Seorang warga Indonesia mati akibat terhempap peti sejuk di belakang kenderaan pacuan empat roda yang dipandu majikannya semalam.

Syamsul Huda, 39, mati dalam perjalanan ketika dihantar untuk dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata peti sejuk itu adalah milik majikan mangsa yang sedang dipindahkan bersama barangan lain ke rumah barunya.

Katanya, mangsa berada di bahagian belakang kenderaan itu bersama seorang lagi pekerja apabila peti sejuk itu menghempap kepalanya selepas ia terkena palang besi ketika kenderaan itu melalui sebuah jambatan sempit di belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chai di Jalan Haji Ahmad dekat sini.

“Ia berlaku kira-kira jam 10 pagi,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...