Searching...
Tuesday 3 July 2012
14:33 0

Bujang Sebelak Masuk Perangkap


SARATOK – Selepas hampir dua minggu menjadi buruan, akhirnya buaya paling dikehendaki kerana membunuh seorang wanita, Sia Munsong, 42, pertengahan bulan lalu, tewas di tangan seorang bomoh di Lubok Nanga Sungai Nyiar, Roban, pagi semalam.

Penangkapan buaya jantan hampir empat meter panjang oleh Indet Senabong, 49, yang juga pawang buaya terkenal, hasil penggunaan umpan anjing yang mengena pada jam 8.30 pagi.

Menurut Indet yang berasal dari Ulu Paku, Spaoh, mereka turun memasang umpan di beberapa tempat di sungai yang sebelum itu dijampi terlebih dulu, bermula jam 6.30 petang kelmarin.

“Umpan dijampi untuk ‘pesalah’ yang pernah membunuh manusia dan apabila air pasang, buaya dimaksudkan akan datang untuk memakan umpan itu.

“Hanya buaya ‘bersalah’ akan datang memakan umpan anjing putih itu. Perkara ini disedari seawal jam 8 pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bergegas ke Lubok Nanga yang terletak tiga kilometer dari rumah panjang Sungai Anak,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...