Searching...
Wednesday 11 July 2012
17:56 0

Polis siasat blog, FB Imam Mahadi




Amuk di JPM

PUCHONG - Polis sedang menyiasat blog dan akaun Facebook milik Khalil Afandi Abd Hamid, yang mati selepas terkena tembakan dalam kejadian mengamuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia bagi menentukan sama ada wujud pengikut atau rangkaian kumpulan yang berkemungkinan dianggotai suspek.

"Kita serius dengan kejadian ini. Kita akan siasat adakah suspek mempunyai ketua yang memberikan arahan.

"Pengikutnya juga sedang disiasat melalui blog dan akaun Facebook miliknya," katanya pada sidang media selepas majlis Penganugerahan Balai League Table (BLT) di Balai Polis Puchong Jaya, hari ini.

Beliau berkata, polis juga sedang menyiasat kemungkinan suspek terlibat dalan ajaran sesat.

"Setakat ini siasatan mendapati tindakan suspek bukan kegiatan yang dirancang dengan teliti. Laporan awal mendapati dia tidak sihat," katanya.

Dalam kejadian tersebut, Khalil Afandi terkena tembakan di lengan kanan dan bahagian ari-ari manakala pasangannya ditembak di paha kiri.

Kejadian berlaku selepas pasangan tersebut mengamuk dengan menggunakan pedang samurai dan memecahkan beberapa buah cermin kereta.

Khalil Afandi juga mendakwa diri sebagai Imam Mahdi dan melaungkan 'Allahuakbar' ketika kejadian amuk tersebut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...