Searching...
Wednesday 18 July 2012
14:21 0

Ketua Pembangkang kena ketok kepala dengan speaker




ALOR SETAR – Pihak pembangkang boleh mengemukakan usul dalam dewan untuk dipanjangkan masa soal jawab dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah bagi tujuan Dewan meluluskannya.

Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Dr. Abd. Isa Ismail berkata, selepas diluluskan, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dewan akan membincangkan perkara itu.“Selepas dibincangkan, perkara itu akan dibentangkan dalam Dewan.


Saya berharap mereka faham kerana Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang diadakan pada 16 Julai lalu hanya berlangsung dengan soal jawab selama satu jam sahaja mengikut peraturan dewan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, YB. Dato’ Seri Mahdzir Khalid berhubung Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung kira-kira sejam itu hanya menjawab lima daripada 61 soalan lisan yang dikemukakan oleh wakil rakyat negeri ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...