Searching...
Saturday 7 July 2012
23:53 0

Kekasih terjun ikut tingkap


KOTA KINABALU: Gara-gara takut dicekup, seorang lelaki tergamak meninggalkan teman wanitanya dengan melompat keluar melalui tingkap dibiliknya ketika diketuk anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam serbuan di sebuah rumah pekerja di bengkel Jalan Inanam, dekat sini, awal pagi semalam.

Tindakan lelaki yang bekerja sebagai mekanik dipercayai berusia 27 tahun itu menyebabkan teman wanitanya yang berusia 23 tahun terpaksa dibawa ke Balai Polis Inanam dekat sini, untuk tindakan lanjut kira-kira jam 1 pagi semalam.

 Difahamkan, ketika serbuan, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu, selang beberapa minit kemudian kedengaran hentakan kuat dipercayai lelaki terbabit bertindak memecahkan tingkap sebelum melompat keluar dan melarikan diri.

Anggota penguat kuasa JHEAINS dibantu dua anggota polis cuba mengejarnya, namun gagal kerana keadaan kawasan bengkel agak gelap menyukarkan untuk mengesan lelaki terbabit. Selepas itu, pintu bilik kemudian dibuka oleh seorang wanita yang hanya berkemban.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...