Searching...
Friday 1 June 2012
20:35 0

Zed Zaidi Mengamuk Lagi, Kali Ini Hentam Artis K-POP

NAMPAKNYA, angin dan semangat Zed Zaidi untuk memperjuangkan nasib artis-artis tempatan semakin membuak-buak.nKalau mula-mula dahulu, dia hanya mencetuskan kontroversi atau pun ‘perang dingin’ dengan Aaron Aziz.

Habis semuanya diungkit dan macam-macamlah yang diperkatakan, baik dari segi bayaran, permit kerja, istilah orang asing atau orang gaji, semuanya diguna pakai. Paling hebat, gelombang ‘menyindir’ dan ‘perang’ itu dicetuskan di laman sosial Twitter.

Waktu itu, Zed Zaidi hanyalah sebagai Timbalan Persatuan Seniman sahaja. Tapi, sekarang ini bila tahkta semakin menjulang tinggi kerana dia sudah diangkat menjadi Presiden persatuan tersebut, semakin panjang langkah Zed Zaidi untuk menangani isu kebanjiran artis luar negara.

Terbaru, isu artis-artis Korea atau pun fenomena K-POP pula cuba diatasi oleh Zed Zaidi.
Melalui medium yang sama juga, Zed Zaidi gunakan Twitter untuk melepaskan ‘semangatnya’ itu. Kenyataan berani Zed Zaidi itu juga turut dibalas hebat oleh peminat-peminat di Twitter. Nampaknya, perang kali ini bakal tercetus antara Zed Zaidi dengan peminat fanatik K-POP pula rasanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...