Searching...
Sunday 10 June 2012
13:29 0

Sokongan Facebook AppCenter Turut Hadir Ke iOS Dan Android



Sejak diumumkan , kini Facebook AppCenter telah boleh digunakan oleh pengguna-pengguna tempatan, membolehkan bukan sahaja mengaksesnya melalui web, tetapi turut sama melalui peranti Android mahupun iOS.
Melaluinya, ia membawakan akses kepada pelbagai permainan popular dan aplikasi-aplikasi menarik, diantaranya Instagram, Pinterest, Draw Something, Ghost Recon Commandeer dan banyak lagi.
Beberapa aplikasi, terutamanya permainan diberikan akses terus pada versi web Facebook, manakal aplikasi yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, didatangkan dengan sokongan “Send To Mobile” jikalau diakses melalui pelayar web desktop. Sebaliknya, sekiranya menggunakan peranti mudah-alih seperti Android atau iOS, ia membawa pengguna terus ke Play Store atau AppStore.
Sekiranya anda telah mencuba sendiri Facebook AppStore, jangan lupa berkongsi dengan kami aplikasi kegemaran anda, dan apakah yang anda minati padanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...