Searching...
Thursday 7 June 2012
15:46 0

Selepas Projek Tunjuk Punggung, Tunjuk Cangkul Pula.




membawa alat pembinaan terpakai seperti kereta sorong, penyodok, cangkul dan beberapa guni pasir untuk diserahkan kepada Nik Aziz di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu semalam. 





Sebahagian ahli NGO yang menyertai demonstrasi 'Tukar Acu Test Sepenggal’, semalam





KL: Selepas Projek demotrasi  'Senaman Tunjuk Punggung' dan jual bagger depan rumah Ambiga (Pemimpin BERSIH) bulan lepas, maka wujud pula demontrasi yang mewakili 32 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam. Menurut laporan Kosmo.



Demontrasi yang disebut 'Tukar Acu Test Sepenggal' itu juga menunjukkan dan mehyerahkan alat peralatan pembinaan  termasuklah kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang menjadi simbol sokongan terhadap ‘hasrat murni’ kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyat, juga sebagai ingatan kepada Nik Aziz, MB Kelantan.
Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu tersebut yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan (gambar kanan) menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.

Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.

Menurutnya, sejak pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk pembinaan jambatan mahupun surau dan masjid di negeri ini.

“Kenapa apabila ada rakyat memberikan sumbangan untuk membina masjid dan surau tiada pihak yang mempersoalkan tetapi setelah rakyat membantu kerajaan menyediakan lebuh raya ada yang mempertikaikan dengan anggapan kita mengutip derma.

“Saya yakin Kerajaan Negeri mampu membina lebuh raya tersebut berdasarkan sumber-sumber yang ada dan tidak perlulah pihak lain mempertikaikannya kerana sebenarnya kita mengotakan janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini mahu membina lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Pusat Penerangan Pas di sini, semalam.

Pusat penerangan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil rakyat di Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.

Mohd Fadhli berkata, pendekatan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan itu bukannya untuk mengaut duit rakyat bagi menjayakan janji-janji kerajaan tetapi sebenarnya sebagai pendedahan menggalakkan umat Islam beramal jariah.

“Rakyat juga sedar pembinaan lebuh raya ini penting kepada mereka dan bukan sahaja digunakan oleh orang Islam sahaja, bahkan semua orang akan menggunakannya terutamanya mengatasi masalah kesesakan,” katanya. (IH)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...